Friday, November 13, 2009

PERTANDINGAN MEWARNA


Pertandingan Mewarna ini diadakan pada
Tarikh : 26-27 Oktober 2009
Tempat : GDW Kg.Bayangan, Keningau
sempena Karnival Rakan Muda Wawasan
Desa Sektor Etnik Sabah Peringkat
Kebangsaan 2009

Pertandingan mewarna ini telah disertai
beberapa buah prasekolah, Tadika Kemas,
Tadika Perpaduan dan Tadika Swasta.
Seramai 6 orang wakil dari prasekolah
Sk Bunsit Keningau ke pertandingan
mewarna tersebut.

Thursday, August 20, 2009

FESTIVAL BAKAT PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SABAH


Di sinilah pentas utama pertandingan festival bakat
prasekolah di Dewan Masyarakat Keningau. Tahniah!
diucapkan kepada semua para pemenang.
Johan : Zon Sandakan
Naib Johan : Zon Pedalaman
Ketiga : Zon Tenggara

Saya hanya dapat mengambil beberapa gambar
pertandingan kerana kamera ' lowbat ' dan
acara pertandingan lain saya tidak dapat
menyaksikan kerana saya ada urusan rasmi lain.
Gambar di atas para peserta penari tarian tradisional.

Pn. Rosebella Lombut, Penyelaras Prasekolah Keningau
turut hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta
yang menyertai pertandingan mewarna ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, En Raisin Saidin
juga turun padang ke arena pertandingan mewarna
ini untuk menyokong para peserta...


Pertandingan Mewarna


Emm..Tekunnya adik-adik untuk mewarnakan lukisan mereka.


Inilah sebahagian pemandangan Bandar Keningau yang diambil dari Hotel Perkasa.


Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Daerah Keningau, Sabah. Sebanyak 6 zon telah menyertai festival bakat ini yang terdiri Zon Pedalaman, Zon Utara, Zon Tenggara, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Sandakan. Mereka telah berkampung di Hotel Perkasa Keningau selama 3 hari..

Wednesday, June 3, 2009

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH ZON PEDALAMAN 2009


Acara Membaling Bola


Acara Menjaring bola Perempuan


Acara Mencari Bola dalam Air


Acara Menjaring Gol Lelaki


Acara 4x50 meter Lelaki


'Kak Mis senyum,nak ambil gambar ni...
bikin kenangan ini.....'



Pada tahun 2009, Keningau merupakan tuan rumah
bagi Karnival Sukan Prasekolah Zon Pedalaman yang
diadakan pada 2 Jun bertempat di Kompleks Sukan
Keningau. Terdapat 4 Daerah yang menyertai Karnival
Sukan ini iaitu terdiri daerah Nabawan, Tambunan, Tenom
dan Keningau.

Tuesday, June 2, 2009

Hari Jadi 2009



Masing-masing ada kek yang dibelikan oleh ibubapa mereka..Kalau tak ada kek
tak apalah kerana ada juga disediakan, yang penting, HAPPY kerana dapat merayakan
hari jadi bersama kawan-kawan..
SELAMAT HARI JADI...

Waris Prasekolah, Pn Jenny Agik memberi ucapan...


Tak sabar-sabar nak makan kek yeah...


Inilah sebahagian waris prasekolah yang hadir
ke sambutan hari jadi kanak-kanak prasekolah
pada kali ini dan kehadiran mereka telah
memeriahkan lagi majlis ini.


Inilah barisan orang-orang kuat dari Sk Bunsit..
Cikgu Ray sebagai juruacara, Ustazah Rashidah
sebagai pembaca doa dan Cikgu Joel,
wakil Guru Besar untuk memberi ucapan
dalam menjayakan sambutan Hari Jadi
pada kali ini..Terima kasih diucapkan
kepada mereka kerana membantu....

Tandas

Kelas Mawar

Dapur