Thursday, August 20, 2009

FESTIVAL BAKAT PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SABAH


Di sinilah pentas utama pertandingan festival bakat
prasekolah di Dewan Masyarakat Keningau. Tahniah!
diucapkan kepada semua para pemenang.
Johan : Zon Sandakan
Naib Johan : Zon Pedalaman
Ketiga : Zon Tenggara

Saya hanya dapat mengambil beberapa gambar
pertandingan kerana kamera ' lowbat ' dan
acara pertandingan lain saya tidak dapat
menyaksikan kerana saya ada urusan rasmi lain.
Gambar di atas para peserta penari tarian tradisional.

Pn. Rosebella Lombut, Penyelaras Prasekolah Keningau
turut hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta
yang menyertai pertandingan mewarna ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, En Raisin Saidin
juga turun padang ke arena pertandingan mewarna
ini untuk menyokong para peserta...


Pertandingan Mewarna


Emm..Tekunnya adik-adik untuk mewarnakan lukisan mereka.


Inilah sebahagian pemandangan Bandar Keningau yang diambil dari Hotel Perkasa.


Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Daerah Keningau, Sabah. Sebanyak 6 zon telah menyertai festival bakat ini yang terdiri Zon Pedalaman, Zon Utara, Zon Tenggara, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Sandakan. Mereka telah berkampung di Hotel Perkasa Keningau selama 3 hari..