Friday, November 13, 2009

PERTANDINGAN MEWARNA


Pertandingan Mewarna ini diadakan pada
Tarikh : 26-27 Oktober 2009
Tempat : GDW Kg.Bayangan, Keningau
sempena Karnival Rakan Muda Wawasan
Desa Sektor Etnik Sabah Peringkat
Kebangsaan 2009

Pertandingan mewarna ini telah disertai
beberapa buah prasekolah, Tadika Kemas,
Tadika Perpaduan dan Tadika Swasta.
Seramai 6 orang wakil dari prasekolah
Sk Bunsit Keningau ke pertandingan
mewarna tersebut.

Thursday, August 20, 2009

FESTIVAL BAKAT PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SABAH


Di sinilah pentas utama pertandingan festival bakat
prasekolah di Dewan Masyarakat Keningau. Tahniah!
diucapkan kepada semua para pemenang.
Johan : Zon Sandakan
Naib Johan : Zon Pedalaman
Ketiga : Zon Tenggara

Saya hanya dapat mengambil beberapa gambar
pertandingan kerana kamera ' lowbat ' dan
acara pertandingan lain saya tidak dapat
menyaksikan kerana saya ada urusan rasmi lain.
Gambar di atas para peserta penari tarian tradisional.

Pn. Rosebella Lombut, Penyelaras Prasekolah Keningau
turut hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta
yang menyertai pertandingan mewarna ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, En Raisin Saidin
juga turun padang ke arena pertandingan mewarna
ini untuk menyokong para peserta...


Pertandingan Mewarna


Emm..Tekunnya adik-adik untuk mewarnakan lukisan mereka.


Inilah sebahagian pemandangan Bandar Keningau yang diambil dari Hotel Perkasa.


Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Daerah Keningau, Sabah. Sebanyak 6 zon telah menyertai festival bakat ini yang terdiri Zon Pedalaman, Zon Utara, Zon Tenggara, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Sandakan. Mereka telah berkampung di Hotel Perkasa Keningau selama 3 hari..

Wednesday, June 3, 2009

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH ZON PEDALAMAN 2009


Acara Membaling Bola


Acara Menjaring bola Perempuan


Acara Mencari Bola dalam Air


Acara Menjaring Gol Lelaki


Acara 4x50 meter Lelaki


'Kak Mis senyum,nak ambil gambar ni...
bikin kenangan ini.....'



Pada tahun 2009, Keningau merupakan tuan rumah
bagi Karnival Sukan Prasekolah Zon Pedalaman yang
diadakan pada 2 Jun bertempat di Kompleks Sukan
Keningau. Terdapat 4 Daerah yang menyertai Karnival
Sukan ini iaitu terdiri daerah Nabawan, Tambunan, Tenom
dan Keningau.

Tuesday, June 2, 2009

Hari Jadi 2009



Masing-masing ada kek yang dibelikan oleh ibubapa mereka..Kalau tak ada kek
tak apalah kerana ada juga disediakan, yang penting, HAPPY kerana dapat merayakan
hari jadi bersama kawan-kawan..
SELAMAT HARI JADI...

Waris Prasekolah, Pn Jenny Agik memberi ucapan...


Tak sabar-sabar nak makan kek yeah...


Inilah sebahagian waris prasekolah yang hadir
ke sambutan hari jadi kanak-kanak prasekolah
pada kali ini dan kehadiran mereka telah
memeriahkan lagi majlis ini.


Inilah barisan orang-orang kuat dari Sk Bunsit..
Cikgu Ray sebagai juruacara, Ustazah Rashidah
sebagai pembaca doa dan Cikgu Joel,
wakil Guru Besar untuk memberi ucapan
dalam menjayakan sambutan Hari Jadi
pada kali ini..Terima kasih diucapkan
kepada mereka kerana membantu....

Tandas

Kelas Mawar

Dapur

WAJAH -WAJAH KELAS ORKID 2009


Wah!maklumlah baharu dapat pakaian sukan
warna kuning lagi....tentu seronok adik-adik.Tak
sabar-sabar lagi nak pakai pakaian sukan ini..Saya
kata hanya hari Selasa dan Khamis sahaja pakai
pakaian sukan ini.

Tuesday, May 19, 2009

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH 2009


Tahniah Zurzira kerana mendapat pingat emas
dalam acara 50 meter perempuan. Semoga adik
Zurzira terus berjaya dalam bidang larian
apabila di sekolah rendah kelak dan seterusnya
mengharumkan nama baik Sk Bunsit, Keningau.

Tahniah juga kepada peserta menjaring gol dalam
kumpulan yang terdiri daripada adik Edenre,Alfian
dan Nickangel yang telah meraih pingat gangsa.

Secara keseluruhannya, prasekolah Sk Bunsit
telah mendapat tempat ke-5 daripada 30 buah
di daerah Keningau ini. Tahniah, sekali lagi
kepada semua adik daripada prasekolah
SK Bunsit kerana berjuang dalam sukan ini.
Menang atau kalah itu tidak kisahlah tapi
semangat dan kegembiraan adik-adik itulah yang
penting disamping pengalaman yang bermakna
dalam hidup mereka..



Acara 50 meter Lelaki : Adik Chean



Acara 50 meter Perempuan : Adik Zurzira



Acara 4x50 meter Lari Berganti-ganti
(Perempuan dan Lelaki)

4x50 meter Perempuan : Nella,Desziree,Zurzira,Solviah
4x50 meter Lelaki : Danielson,Roeznell,Angelo, Chean


Acara Mencari Bola dalam Air : Adik Oneal, Kristie,Zurzira dan Ferdinand



Acara Menjaring Gol : Shania Natasha,Zurzira, Ellie



Acara Bowling Padang individu perempuan
dan lelaki diwakili oleh adik Ac dan adik Zurzira..
Manakala acara bowling secara berkumpulan
terdiri daripada AC, Desziree,Jay Jay dan Nella.
Tetapi saya tidak dapat mengambil gambar acara
Bowling Padang dan Menjaring Gol sebab
kamera saya 'low bat'.

Ini gambar AC yang sedang duduk memberi sokongan kepada
rakannya menjaring bola.AC juga merupakan peserta
acara individu bowling padang individu dan berkumpulan
emm...pakai baju berbunga-bunga lagi...



Selamat berjumpa lagi..pada tahun depan yang akan
dikelolakan oleh SK Pekan 1. Syabas juga diberikan
kepada SK Membulu sebagai tuan rumah Karnival
Sukan Prasekolah pada tahun ini kerana telah
menjayakan Karnival Sukan ini....

Saturday, May 9, 2009

Karnival Sukan Prasekolah 2008


Inilah kali pertama menyertai karnival sukan
prasekolah yang diadakan di Kompleks Sukan
Keningau yang dikelolakan oleh SK Rancangan
Biah, Keningau.Walaupun, kanak-kanak tidak
mendapat sebarang kemenangan tetapi yang
pentingnya mereka seronok...



Acara 4x5o meter lari berganti-ganti
bahagian lelaki..


Acara mengecam gambar..


Acara 4x50 meter lari berganti-ganti bahagian
perempuan..


Kasihan..panas terik menunggu giliran untuk acara
mencari bola dalam air...


Acara Mencari Bola dalam air...Queen ambil bola warna
hijau saja...jangan ambil bola warna lain..cepat...


Acara 50 meter Lelaki..Ke garisan...sedia..


Ibubapa turut hadir untuk menyokong anak-anak mereka
yang menyertai sukan ini..


Acara Menjaring Bola..Adik Syahirah dan adik Mack sedang
memegang bola bersedia untuk menjaring bola jaring...

Wednesday, May 6, 2009

AJK WARIS PRASEKOLAH SK BUNSIT TAHUN 2009

Pada 06 Mei 2009, Mesyuarat waris telah diadakan dan pemilihan AJK Waris Prasekolah telah dibentuk seperti berikut :


Pengerusi : Pn. Seriah Kindalan
Tim.Pengerusi : Pn. Jenny Agik
Setiausaha : Pn. Misnah Emor
Tim. Setiausaha : Pn. Elsie John
Bendahari : Pn. Edith John
AJK Gotong Royong : Pn. Mariani Jamari
AJK Keceriaan : Pn. Roslia Daimin
AJK Rekreasi : Pn. Lily Olok

Terima kasih juga diucapkan kepada AJK Waris Prasekolah Tahun 2008 di atas komitmen dan sokongan yang telah diberikan.

Pengerusi : Pn. Clotilda Edwin
Tim.Pengerusi : Pn. Seriah Kindalan
Setiausaha : Pn. Elsie John
Tim. Setiausaha : Pn. Misnah Emor
Bendahari : Pn. Ansama Lasir
Ajk Gotong Royong : Pn. Felecia Atik
Ajk Keceriaan : Pn. Jobinah Ravok
Ajk Rekreasi : Pn. Sylvia Bikiti

SELAMAT DATANG...


Penyelaras Baru..

Selamat Datang dan selamat bertugas kepada Pn. Rosabella Lombut sebagai Penyelaras Prasekolah Daerah Keningau yang baru yang menggantikan Cik Hanifah Habibudding yang telah berpindah ke Kota Kinabalu sebagai Penyelaras Prasekolah juga. Jasa baik yang diberikan oleh beliau tetap dikenang. Mereka akan menjalankan tugas bermula 4hb Mei 2009 ini. Diucapkan kepada mereka selamat menjalankan tugas yang baru.

Tuesday, April 7, 2009

Diari Aktiviti 2009

Januari 2009
- Minggu Suaikenal Prasekolah

Mac 2009
10 Mac :Mesyuarat Prasekolah Daerah Keningau di
bangunan PPD Keningau.
14-22 Mac : Cuti Semester
27 Mac : Mesyuarat Permuafakatan Guru-Guru
Prasekolah Daerah Keningau
Jam : 3.00 petang.
Tempat : Pusat Kegiatan Guru, Keningau.

Mei 2009
06 Mei : Mesyuarat Para Waris Prasekolah SK Bunsit
19 & 20 Mei : Karnival Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Keningau
28 Mei : Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak prasekolah (bulan Jan- Mei)

Jun 2009
02 Jun : Karnival Sukan Prasekolah Zon Pedalaman

Ogos 2009
18-20 Ogos : Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sabah
Dewan Masyarakat Keningau

Wednesday, April 1, 2009

Majlis Permuafakatan Guru Prasekolah Daerah Keningau

Pada 27 Mac yang lalu, Majlis Permuafakatan Guru Prasekolah Daerah Keningau telah mengadakan mesyuarat di Pusat Kegiatan Guru, Keningau untuk membubarkan dan pembentukan AJK yang baru bagi sesi 2009-2011. Selamat menjalankan tanggungjawab yang telah diberi kepercayaan kepada rakan-rakan yang dipilih.

Majlis Permuafakatan Guru Prasekolah Daerah Keningau (2009-2011)
Penaung : PPD Keningau
Penasihat : Cik Hanifah Hj. Habibudding ( diganti Pn. Rosabella Lombut)

Pengerusi : En. Rinus Kilip ( Pra SK Dalit)
Tim. Pengerusi : Pn. Latifah Hj. Haris (Pra SK Ulu Liawan)
Setiausaha : Pn. Rosabella Lombut (Pra SK Penagatan )
diganti (Pn.Roslyn Sulan ak Kadam-Pra SK Biah)
Bendahari : Pn. Hani Laily (Pra SK Bulu Silou)
Juruaudit : Pn. Gloria John Tawao (Pra SK Pekan Keningau II)

AJK Sukaneka : Pn. Mary Wong (Pra SK Membulu)
AJK Festival Bakat : Pn. Roselyn Sulan ak Kadam (Pra SK Biah)
AJK Konvokesyen : Pn Faridah (Pra SK Luagan )
AJK Aktiviti Murid dan Guru : Pn Anitah Dungkian (Pra SK Banjar)

Thursday, March 19, 2009

Kelas Orkid


Inilah rupa kelas Orkid yang masih banyak perlu dihiasi lagi agar lebih ceria.

Kek Ultraman


Ini kek harijadi Tobey..gambar topeng ultraman..

Pemeriksaan Gigi


"Jangan takut ya, Alfian. Jururawat nak kira gigi bukan nak dicabut". Bab jumpa jururawat ini, kanak-kanak memang takut sampai ada yang masuk di bawah meja dan menangis apabila gigi mereka hendak diperiksa. Ada pula kanak-kanak yang berani, belum lagi nama mereka dipanggil dah nak menjenguk jururawat yang sedang memeriksa kawan-kawan lain.