Tuesday, May 19, 2009

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH 2009


Tahniah Zurzira kerana mendapat pingat emas
dalam acara 50 meter perempuan. Semoga adik
Zurzira terus berjaya dalam bidang larian
apabila di sekolah rendah kelak dan seterusnya
mengharumkan nama baik Sk Bunsit, Keningau.

Tahniah juga kepada peserta menjaring gol dalam
kumpulan yang terdiri daripada adik Edenre,Alfian
dan Nickangel yang telah meraih pingat gangsa.

Secara keseluruhannya, prasekolah Sk Bunsit
telah mendapat tempat ke-5 daripada 30 buah
di daerah Keningau ini. Tahniah, sekali lagi
kepada semua adik daripada prasekolah
SK Bunsit kerana berjuang dalam sukan ini.
Menang atau kalah itu tidak kisahlah tapi
semangat dan kegembiraan adik-adik itulah yang
penting disamping pengalaman yang bermakna
dalam hidup mereka..



Acara 50 meter Lelaki : Adik Chean



Acara 50 meter Perempuan : Adik Zurzira



Acara 4x50 meter Lari Berganti-ganti
(Perempuan dan Lelaki)

4x50 meter Perempuan : Nella,Desziree,Zurzira,Solviah
4x50 meter Lelaki : Danielson,Roeznell,Angelo, Chean


Acara Mencari Bola dalam Air : Adik Oneal, Kristie,Zurzira dan Ferdinand



Acara Menjaring Gol : Shania Natasha,Zurzira, Ellie



Acara Bowling Padang individu perempuan
dan lelaki diwakili oleh adik Ac dan adik Zurzira..
Manakala acara bowling secara berkumpulan
terdiri daripada AC, Desziree,Jay Jay dan Nella.
Tetapi saya tidak dapat mengambil gambar acara
Bowling Padang dan Menjaring Gol sebab
kamera saya 'low bat'.

Ini gambar AC yang sedang duduk memberi sokongan kepada
rakannya menjaring bola.AC juga merupakan peserta
acara individu bowling padang individu dan berkumpulan
emm...pakai baju berbunga-bunga lagi...



Selamat berjumpa lagi..pada tahun depan yang akan
dikelolakan oleh SK Pekan 1. Syabas juga diberikan
kepada SK Membulu sebagai tuan rumah Karnival
Sukan Prasekolah pada tahun ini kerana telah
menjayakan Karnival Sukan ini....

Saturday, May 9, 2009

Karnival Sukan Prasekolah 2008


Inilah kali pertama menyertai karnival sukan
prasekolah yang diadakan di Kompleks Sukan
Keningau yang dikelolakan oleh SK Rancangan
Biah, Keningau.Walaupun, kanak-kanak tidak
mendapat sebarang kemenangan tetapi yang
pentingnya mereka seronok...



Acara 4x5o meter lari berganti-ganti
bahagian lelaki..


Acara mengecam gambar..


Acara 4x50 meter lari berganti-ganti bahagian
perempuan..


Kasihan..panas terik menunggu giliran untuk acara
mencari bola dalam air...


Acara Mencari Bola dalam air...Queen ambil bola warna
hijau saja...jangan ambil bola warna lain..cepat...


Acara 50 meter Lelaki..Ke garisan...sedia..


Ibubapa turut hadir untuk menyokong anak-anak mereka
yang menyertai sukan ini..


Acara Menjaring Bola..Adik Syahirah dan adik Mack sedang
memegang bola bersedia untuk menjaring bola jaring...

Wednesday, May 6, 2009

AJK WARIS PRASEKOLAH SK BUNSIT TAHUN 2009

Pada 06 Mei 2009, Mesyuarat waris telah diadakan dan pemilihan AJK Waris Prasekolah telah dibentuk seperti berikut :


Pengerusi : Pn. Seriah Kindalan
Tim.Pengerusi : Pn. Jenny Agik
Setiausaha : Pn. Misnah Emor
Tim. Setiausaha : Pn. Elsie John
Bendahari : Pn. Edith John
AJK Gotong Royong : Pn. Mariani Jamari
AJK Keceriaan : Pn. Roslia Daimin
AJK Rekreasi : Pn. Lily Olok

Terima kasih juga diucapkan kepada AJK Waris Prasekolah Tahun 2008 di atas komitmen dan sokongan yang telah diberikan.

Pengerusi : Pn. Clotilda Edwin
Tim.Pengerusi : Pn. Seriah Kindalan
Setiausaha : Pn. Elsie John
Tim. Setiausaha : Pn. Misnah Emor
Bendahari : Pn. Ansama Lasir
Ajk Gotong Royong : Pn. Felecia Atik
Ajk Keceriaan : Pn. Jobinah Ravok
Ajk Rekreasi : Pn. Sylvia Bikiti

SELAMAT DATANG...


Penyelaras Baru..

Selamat Datang dan selamat bertugas kepada Pn. Rosabella Lombut sebagai Penyelaras Prasekolah Daerah Keningau yang baru yang menggantikan Cik Hanifah Habibudding yang telah berpindah ke Kota Kinabalu sebagai Penyelaras Prasekolah juga. Jasa baik yang diberikan oleh beliau tetap dikenang. Mereka akan menjalankan tugas bermula 4hb Mei 2009 ini. Diucapkan kepada mereka selamat menjalankan tugas yang baru.