SELAMAT DATANG KE LEMBARAN BARU TAHUN 2013...
Sunday, March 10, 2013
Sunday, February 26, 2012
Posted by elsie at 7:09 AM 0 comments
Labels: Gambar Kelas
Saturday, February 25, 2012
| Kelas Pra Orkid 2010 |
| Pelajar Terbaik Prasekolah 2010 |
| "Bila nak mula ni cikgu?"... |
| Gelagat murid, macam-macam ada... |
Posted by elsie at 2:48 AM 0 comments
Labels: konvokesyen prasekolah
Thursday, February 16, 2012
Selamat menempuh lembaran baru tahun 2012...saya sudah lama tak buka blog ini...setahun lebih rasanya belum update..sekarang kena refresh kembali...
Posted by elsie at 6:34 AM 0 comments
Labels: Pengenalan
Wednesday, May 26, 2010
Pertandingan Mewarna sempena sambutan Jubli Perak IPKS ( 21 April 2010)
Posted by elsie at 7:48 AM 0 comments
Labels: Aktiviti Prasekolah
Sunday, May 9, 2010
SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan kini boleh diakses melalui http://www.moe.gov.my/spk ..proses memasukkan data telah boleh dimulakan sekarang.
Login, username dan password masih gunakan yang sama.
Sila berkungjung ke blog Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana untuk makluman terkini.
PERINGATAN PENTING:
Jangan mengubah password anda sehingga dimaklumkan.
Sumber : http://prasekolahpetalingperdana.blogspot.com/
Posted by elsie at 6:54 AM 0 comments
Labels: Pengurusan
Saturday, May 8, 2010
BELAJAR BUAT BLOG
Saya telah mengunjungi blog Prasekolah Kuala Kangsar dan prasekolah Pos Piah dan memperolehi ilmu perkongsian tentang membuat laman blog...kepada kawan-kawan seperjuangan yang dilema seperti saya yang masih memerlukan bimbingan secara kendiri membuat laman blog sendiri bolehlah mengunjungi blog tersebut....
http://prasekolahkualakangsar.blogspot.com
http://prasekolahpiah.blogspot.com
Posted by elsie at 11:08 PM 0 comments
Labels: Personal
Salam 1 Malaysia
Selamat berjumpa lagi dalam lembaran baru blogspot prasekolah Sk Bunsit 2010 setelah sekian lama menyepi..Walaubagaimanapun, terima kasih di atas kunjungan rakan semua ke blog prasekolah Sk Bunsit ini...
Posted by elsie at 9:05 AM 0 comments
Labels: Personal
Friday, November 13, 2009
PERTANDINGAN MEWARNA
Pertandingan Mewarna ini diadakan pada
Tarikh : 26-27 Oktober 2009
Tempat : GDW Kg.Bayangan, Keningau
sempena Karnival Rakan Muda Wawasan
Desa Sektor Etnik Sabah Peringkat
Kebangsaan 2009
Pertandingan mewarna ini telah disertai
beberapa buah prasekolah, Tadika Kemas,
Tadika Perpaduan dan Tadika Swasta.
Seramai 6 orang wakil dari prasekolah
Sk Bunsit Keningau ke pertandingan
mewarna tersebut.
Posted by elsie at 2:56 AM 1 comments
Labels: Aktiviti Prasekolah
Thursday, August 20, 2009
FESTIVAL BAKAT PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SABAH
Di sinilah pentas utama pertandingan festival bakat
prasekolah di Dewan Masyarakat Keningau. Tahniah!
diucapkan kepada semua para pemenang.
Johan : Zon Sandakan
Naib Johan : Zon Pedalaman
Ketiga : Zon Tenggara
Saya hanya dapat mengambil beberapa gambar
pertandingan kerana kamera ' lowbat ' dan
acara pertandingan lain saya tidak dapat
menyaksikan kerana saya ada urusan rasmi lain.
Gambar di atas para peserta penari tarian tradisional.
Pn. Rosebella Lombut, Penyelaras Prasekolah Keningau
turut hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta
yang menyertai pertandingan mewarna ini.
Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, En Raisin Saidin
juga turun padang ke arena pertandingan mewarna
ini untuk menyokong para peserta...
Pertandingan Mewarna
Emm..Tekunnya adik-adik untuk mewarnakan lukisan mereka.
Inilah sebahagian pemandangan Bandar Keningau yang diambil dari Hotel Perkasa.
Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Daerah Keningau, Sabah. Sebanyak 6 zon telah menyertai festival bakat ini yang terdiri Zon Pedalaman, Zon Utara, Zon Tenggara, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Sandakan. Mereka telah berkampung di Hotel Perkasa Keningau selama 3 hari..
Posted by elsie at 1:35 AM 0 comments
Labels: Festival Bakat Prasekolah
Wednesday, June 3, 2009
KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH ZON PEDALAMAN 2009

Acara Membaling Bola
Acara Menjaring bola Perempuan
Acara Mencari Bola dalam Air
Acara Menjaring Gol Lelaki
Acara 4x50 meter Lelaki
'Kak Mis senyum,nak ambil gambar ni...
bikin kenangan ini.....'
bagi Karnival Sukan Prasekolah Zon Pedalaman yang
diadakan pada 2 Jun bertempat di Kompleks Sukan
Keningau. Terdapat 4 Daerah yang menyertai Karnival
Sukan ini iaitu terdiri daerah Nabawan, Tambunan, Tenom
dan Keningau.
Posted by elsie at 7:36 AM 0 comments
Labels: Karnival Sukan Prasekolah
Tuesday, June 2, 2009
Hari Jadi 2009


Masing-masing ada kek yang dibelikan oleh ibubapa mereka..Kalau tak ada kek
tak apalah kerana ada juga disediakan, yang penting, HAPPY kerana dapat merayakan
hari jadi bersama kawan-kawan..
SELAMAT HARI JADI...
Waris Prasekolah, Pn Jenny Agik memberi ucapan...
Tak sabar-sabar nak makan kek yeah...
Inilah sebahagian waris prasekolah yang hadir
ke sambutan hari jadi kanak-kanak prasekolah
pada kali ini dan kehadiran mereka telah
memeriahkan lagi majlis ini.
Inilah barisan orang-orang kuat dari Sk Bunsit..
Cikgu Ray sebagai juruacara, Ustazah Rashidah
sebagai pembaca doa dan Cikgu Joel,
wakil Guru Besar untuk memberi ucapan
dalam menjayakan sambutan Hari Jadi
pada kali ini..Terima kasih diucapkan
kepada mereka kerana membantu....
Posted by elsie at 5:52 PM 0 comments
Labels: Sambutan Hari Jadi
WAJAH -WAJAH KELAS ORKID 2009

Wah!maklumlah baharu dapat pakaian sukan
warna kuning lagi....tentu seronok adik-adik.Tak
sabar-sabar lagi nak pakai pakaian sukan ini..Saya
kata hanya hari Selasa dan Khamis sahaja pakai
pakaian sukan ini.
Posted by elsie at 5:04 PM 0 comments
Labels: Gambar Kelas
Tuesday, May 19, 2009
KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH 2009

Tahniah Zurzira kerana mendapat pingat emas
dalam acara 50 meter perempuan. Semoga adik
Zurzira terus berjaya dalam bidang larian
apabila di sekolah rendah kelak dan seterusnya
mengharumkan nama baik Sk Bunsit, Keningau.
Tahniah juga kepada peserta menjaring gol dalam
kumpulan yang terdiri daripada adik Edenre,Alfian
dan Nickangel yang telah meraih pingat gangsa.
Secara keseluruhannya, prasekolah Sk Bunsit
telah mendapat tempat ke-5 daripada 30 buah
di daerah Keningau ini. Tahniah, sekali lagi
kepada semua adik daripada prasekolah
SK Bunsit kerana berjuang dalam sukan ini.
Menang atau kalah itu tidak kisahlah tapi
semangat dan kegembiraan adik-adik itulah yang
penting disamping pengalaman yang bermakna
dalam hidup mereka..
Acara 50 meter Lelaki : Adik Chean
Acara 50 meter Perempuan : Adik Zurzira
Acara 4x50 meter Lari Berganti-ganti
(Perempuan dan Lelaki)
4x50 meter Perempuan : Nella,Desziree,Zurzira,Solviah
4x50 meter Lelaki : Danielson,Roeznell,Angelo, Chean

Acara Mencari Bola dalam Air : Adik Oneal, Kristie,Zurzira dan Ferdinand
Acara Menjaring Gol : Shania Natasha,Zurzira, Ellie
Acara Bowling Padang individu perempuan
dan lelaki diwakili oleh adik Ac dan adik Zurzira..
Manakala acara bowling secara berkumpulan
terdiri daripada AC, Desziree,Jay Jay dan Nella.
Tetapi saya tidak dapat mengambil gambar acara
Bowling Padang dan Menjaring Gol sebab
kamera saya 'low bat'.
Ini gambar AC yang sedang duduk memberi sokongan kepada
rakannya menjaring bola.AC juga merupakan peserta
acara individu bowling padang individu dan berkumpulan
emm...pakai baju berbunga-bunga lagi...

Selamat berjumpa lagi..pada tahun depan yang akan
dikelolakan oleh SK Pekan 1. Syabas juga diberikan
kepada SK Membulu sebagai tuan rumah Karnival
Sukan Prasekolah pada tahun ini kerana telah
menjayakan Karnival Sukan ini....
Posted by elsie at 11:11 PM 0 comments
Labels: Karnival Sukan Prasekolah
Saturday, May 9, 2009
Karnival Sukan Prasekolah 2008
Inilah kali pertama menyertai karnival sukan
prasekolah yang diadakan di Kompleks Sukan
Keningau yang dikelolakan oleh SK Rancangan
Biah, Keningau.Walaupun, kanak-kanak tidak
mendapat sebarang kemenangan tetapi yang
pentingnya mereka seronok...
Acara 4x5o meter lari berganti-ganti
bahagian lelaki..
Acara mengecam gambar..
Acara 4x50 meter lari berganti-ganti bahagian
perempuan..
Kasihan..panas terik menunggu giliran untuk acara
mencari bola dalam air...
Acara Mencari Bola dalam air...Queen ambil bola warna
hijau saja...jangan ambil bola warna lain..cepat...
Acara 50 meter Lelaki..Ke garisan...sedia..
Ibubapa turut hadir untuk menyokong anak-anak mereka
yang menyertai sukan ini..
Acara Menjaring Bola..Adik Syahirah dan adik Mack sedang
memegang bola bersedia untuk menjaring bola jaring...
Posted by elsie at 6:02 AM 0 comments
Labels: Karnival Sukan Prasekolah











