Tuesday, May 19, 2009

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH 2009


Tahniah Zurzira kerana mendapat pingat emas
dalam acara 50 meter perempuan. Semoga adik
Zurzira terus berjaya dalam bidang larian
apabila di sekolah rendah kelak dan seterusnya
mengharumkan nama baik Sk Bunsit, Keningau.

Tahniah juga kepada peserta menjaring gol dalam
kumpulan yang terdiri daripada adik Edenre,Alfian
dan Nickangel yang telah meraih pingat gangsa.

Secara keseluruhannya, prasekolah Sk Bunsit
telah mendapat tempat ke-5 daripada 30 buah
di daerah Keningau ini. Tahniah, sekali lagi
kepada semua adik daripada prasekolah
SK Bunsit kerana berjuang dalam sukan ini.
Menang atau kalah itu tidak kisahlah tapi
semangat dan kegembiraan adik-adik itulah yang
penting disamping pengalaman yang bermakna
dalam hidup mereka..



Acara 50 meter Lelaki : Adik Chean



Acara 50 meter Perempuan : Adik Zurzira



Acara 4x50 meter Lari Berganti-ganti
(Perempuan dan Lelaki)

4x50 meter Perempuan : Nella,Desziree,Zurzira,Solviah
4x50 meter Lelaki : Danielson,Roeznell,Angelo, Chean


Acara Mencari Bola dalam Air : Adik Oneal, Kristie,Zurzira dan Ferdinand



Acara Menjaring Gol : Shania Natasha,Zurzira, Ellie



Acara Bowling Padang individu perempuan
dan lelaki diwakili oleh adik Ac dan adik Zurzira..
Manakala acara bowling secara berkumpulan
terdiri daripada AC, Desziree,Jay Jay dan Nella.
Tetapi saya tidak dapat mengambil gambar acara
Bowling Padang dan Menjaring Gol sebab
kamera saya 'low bat'.

Ini gambar AC yang sedang duduk memberi sokongan kepada
rakannya menjaring bola.AC juga merupakan peserta
acara individu bowling padang individu dan berkumpulan
emm...pakai baju berbunga-bunga lagi...



Selamat berjumpa lagi..pada tahun depan yang akan
dikelolakan oleh SK Pekan 1. Syabas juga diberikan
kepada SK Membulu sebagai tuan rumah Karnival
Sukan Prasekolah pada tahun ini kerana telah
menjayakan Karnival Sukan ini....

0 comments: