Thursday, March 19, 2009

Kelas Orkid


Inilah rupa kelas Orkid yang masih banyak perlu dihiasi lagi agar lebih ceria.

Kek Ultraman


Ini kek harijadi Tobey..gambar topeng ultraman..

Pemeriksaan Gigi


"Jangan takut ya, Alfian. Jururawat nak kira gigi bukan nak dicabut". Bab jumpa jururawat ini, kanak-kanak memang takut sampai ada yang masuk di bawah meja dan menangis apabila gigi mereka hendak diperiksa. Ada pula kanak-kanak yang berani, belum lagi nama mereka dipanggil dah nak menjenguk jururawat yang sedang memeriksa kawan-kawan lain.

Lawatan Klinik Pergigian ke Prasekolah 2009


'Begini kalau nak berus gigi, Rio.Kita mesti rajin memberus gigi supaya gigi putih dan bersih' kata jururawat.Lawatan Pergigian ini merupakan program tahunan dari Jabatan Kesihatan Pergigian Keningau. Ini merupakan tahun kedua mereka datang membuat lawatan ke Prasekolah ini.

Hari Jadi Tobey


Ini sambutan Hari Jadi Tobey yang telahpun genap 5 tahun pada bulan Februari 2009 yang lalu..Kek gambar 'Ultraman' lagi..Kata ibunya ini 'suprise' buat anaknya..apalagi seronoklah Tobey dapat tiup lilin dan potong kek.Rakan-rakan pun turut gembira sambil menyanyikan lagu Hari Jadi untuk Tobey.Cikgu ucapkan "Selamat hari Jadi Tobey..semoga adik Tobey menjadi anak yang pintar..."

Wajah-Wajah Murid Kelas Orkid 2009


Inilah sebahagian murid-murid kelas Orkid tahun 2009 yang berumur 5 tahun. Tahun ini saya memegang kelas yang muridnya berumur 5 tahun sahaja..

Minggu Orientasi Prasekolah 2009


Murid-murid sedang berehat sambil menonton televisyen.

Pengenalan Prasekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeleruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupyaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah

Sumber rujukan : Buku Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan(2003).

Gambar Kenangan Kumpulan 1 KDP14 Minggu (2008)


Saya telah mendapat tawaran KDP14Minggu Prasarjana KPM-OUM di IPKS selama 3 bulan. Selama saya mengikuti kursus tersebut,PPM saya telah mengambilalih tempat saya mengajar di prasekolah dan dibantu oleh rakan sejawat saya Pn. Misnah. Nasib baik juga ada guru pelatih yang menjalankan praktikum di prasekolah saya itu. Merekalah yang membantu dan menjaga kelas Orkid semasa ketiadaan saya di prasekolah. Lagipun,guru pelatih menjalankan praktikum mereka di kelas Orkid dengan bimbingan Kak Misnah.

Rombongan Lawatan Ke Labuan 2008

Bandar Labuan

Pusat Informasi Chimney

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan


Lokasi terakhir kunjungan kami ialah Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.Nasib baik ada pakcik pemandu bas (baju warna biru)yang peramah membawa kami menjelajahi tempat-tempat menarik di Labuan. Di sini juga terletak Muzium Marin Labuan.

Taman Damai Labuan


Taman Damai ini telah dibina oleh kerajaan Jepun sebagai satu memorial kepada keamanan dan kedamaian.

Taman Burung Labuan

Taman Burung Labuan merupakan destinasi kunjungan pertama kami...

Lawatan Ke Labuan (September 2008)




Pada bulan September 2008 yang lalu, saya dan rombongan guru-guru sekolah telah membuat lawatan ke Labuan. Rombongan tersebut juga disertai oleh beberapa ahli keluarga. Kami pergi ke Labuan dengan menggunakan perkhidmatan feri dari Menumbuk, Sabah. Kami berada di Labuan selama 3 hari. Kami telah sempat melawat beberapa tempat yang menarik di Labuan,selebihnya kami membeli-belah.







Sambutan Hari Jadi 2008



Wah!meriahnya sambutan harijadi ini sebab masing-masing ada kek dan hadiah. Ibu yang hadir mengambil kesempatan mengambil gambar anak mereka yang diraikan. Bagi kanak-kanak yang sudah menyambut harijadi turut menumpang gembira bersama rakan-rakan mereka yang menyambut hari jadi.